Tanah Runtuh Di Kundasang, Ranau Sabah
Hujan lebat yang turun tidak henti-henti menyebabkan beberapa kejadian tanah runtuh di sepanjang jalan kawasan Kundasang. Tanah di Kundasang yang berbukit-bukit memang berisiko dengan tanah runtuh sejak dahulu lagi. Ini menyebabkan beberapa kesan buruk berlaku.
1. Jalan utama yang menghubungkan KK - Ranau @ Sandakan @ Lahad Datu @ Tawau terjejas kerana kenderaan tidak dapat memallui jalan yang runtuh
2. Produk pertanian seperti sayuran terjejas kerana keadaan hujan lebat menyebabkan tanaman rosak.
3. Menjejaskan aktiviti pelancongan di Kundasang
4. Menjejaskan aktiviti ekonomi di Gerai sayur Kundasang
5. Melambatkan kerja-kerja pembangunan pekan Kundasang yang sedang dijalankan.
6.Membahayakan keselamatan penduduk ekoran banyak kerosakan yang berlaku seperti tiang elektrik tumbang
7. Kerugian oleh penduduk ekoran kerosakan harta benda
Baca petikan akhbar SabahKini
KEJADIAN tanah runtuh di Kampung Pinausuk, Jalan Kundasang-Ranau telah mengakibatkan lebih kurang 300 pengguna tiada bekalan elektrik bermula pada jam 9.00 malam Isnin (7 Februari 2011).
Dalam kejadian tersebut, sebuah tiang Voltan Tinggi / High Tension (HT) SESB telah tumbang dan bekalan elektrik kepada kawasan sekitar Masilau, Lembah Permai, Pekan Kundasang, Kinabalu Pine Resort telah terjejas.
Bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat bermula pada jam 9.30 malam pada hari yang sama dan pihak SESB kini sedang dalam proses menggantikan tiang HT berkenaan.
Ada beberapa gambar tanah runtuh tersebut yang diambil oleh rakan facebook (Jaisin Tinin)
Diharap pihak yang berwajib dapat bertindak untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
2 comments:
hehe,ada kah info tanah runtuh di kg pinausok yang tahun 90an??kalau nda silap.tahun 1995 or 1996 lagi.hee
Assalamualaikum dan salam sejahtera.hee buli kah sa copy ni artikel.sa mo kasi masuk di blog kampung pinausok www.mile7pinausok.blogspot.my sebab kejadian ni di kg sa masa sa darjah 2 lagi.pounsikou kalau buli ne.
Post a Comment