ARKIB : 01/03/2014
Salmans Homestay sedia penginapan bajet
Oleh: Tarmizi Abdul Rahim
Homestay Kundasang: Salmans Homestay sedia penginapan bajet
Sekiranya tidak, ia bukan menjadi terapi terbaik sebaliknya akan mengacaukan lagi minda. Di Sabah, destinasi wajib yang perlu dikunjungi adalah Kundasang di Ranau. Namun, untuk pelancong terutama dari Semenanjung, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan kerana melibatkan kos tinggi terutama kos penerbangan yang mampu mencecah ribuan ringgit bagi yang datang secara rombongan.
Walau bagaimanapun, melalui perancangan rapi, segalanya mampu diatasi. Hotel penginapan di Kundasang sendiri mempunyai banyak pilihan, bermula daripada yang bertaraf lima bintang sehinggalah hotel bajet termasuk inap desa dan sewaan bilik.
Antaranya adalah Salmans Homestay yang terletak di Kampung Mesilau, iaitu kawasan yang paling sejuk di daerah Kundasang. Kedinginan suhu di situ membuatkan setiap kali menjelang senja, sesiapa yang bercakap akan kelihatan wap-wap air keluar daripada mulutnya, tidak ubah seperti berada di negara-negara beriklim sejuk.
Penginapan ini yang terletak di tanah tinggi amat tenang dan sunyi daripada kesibukan kota, selain berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang tersergam indah, penghuninya juga bakal mendengar bunyi deruan anak sungai dari puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.
Pada sebelah pagi, iaitu selepas waktu Subuh, kira-kira pukul 5.30 pagi, penghuni mampu melihat dengan jelas batu-batu di puncak gunung itu, terlalu dekat dan ia merupakan satu perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Namun kita perlu melihatnya pada awal pagi kerana beberapa jam selepas itu, puncak kebanggaan rakyat Sabah dan negara ini akan diselimuti oleh kabus tebal.
Pengurus Salmans Homestay, Salman Nasaruddin, 26, berkata, pihaknya mempunyai tiga unit rumah yang setiap satunya mempunyai dua bilik besar dan mampu memuatkan sehingga lapan orang dalam satu masa.
Katanya, setiap unit tersebut memiliki ruang tamu dan bilik air persendirian serta dapur dan kelengkapan memasak.
"Bagi penghuni yang tidak mahu memasak, kami menyediakan beberapa menu makanan yang boleh ditempah seperti patin masak lemak, daging masak halia, lamb chop, burger bakar, roti john dan pelbagai lagi menu istimewa dengan harga berpatutan.
"Kemudahan lain adalah mesin basuh, set tv, WiFi percuma dan barbeku, malah penginapan ini juga terletak berhampiran masjid. Semuanya ditawarkan pada harga yang amat berpatutan bersesuaian dengan bajet yang datang secara berkumpulan iaitu hanya RM180 untuk satu malam," katanya kepada S2.
Kedudukan Salmans Homestay ini amat strategik iaitu hanya satu kilometer (km) ke Ladang Tenusu, Desa Dairy Farm; Kundasang Golf Club (2 km), Ladang Strawberi (6 km), Memorial Peringatan Perang (7 km), Kinabalu Park (12 km), Ladang Teh Ranau (29 km), Air Panas Poring (29 km) dan Tagal Ikan Kelah Luanti (30 km).
Tambah Salman, projek inap desa keluarganya itu dimulakan pada 2010 dan siap pada penghujung 2013 dan mula menerima kedatangan penghuni pada awal tahun ini.
"Pelbagai cabaran dihadapi seperti kekurangan modal, selain kawasan tapak homestay dipenuhi dengan batu besar. Kami terpaksa berulang kali menggunakan jentera untuk memindahkannya, namun tidak berjaya. Akhir sekali batu-batu tersebut terpaksa dibakar perlahan-perlahan sehingga pecah dengan sendiri," katanya.
tags: salman homestay kundasang, kundasang homestay, salman kundasang homestay
1 comments:
elok juga dipaparkan gambar bilik-bilik yang ada
Post a Comment