KOTA KINABALU: Pesta Kubis Kudasang akan mempamerkan kepelbagaian
jenis sayur- sayuran yang terdapat di tanah tinggi Kundasang pada 10
December ini
Jurucakap program tersebut, Wasry Tarisin berkata teras utama program
itu adalah mengetengahkan hasil pertanian dan produk pelancongan di
Kundasang.
“Pada tahun ini, kami akan mempamerkan 25 jenis sayur-sayuran yang
terdapat di tanah tinggi itu,” katanya sambil menambah para peserta dari
16 buah kampung dijangka menyertai acara tersebut.
Menurut beliau, para peserta masing- masing akan mempamerkan hasil
pertanian terbaik mereka melalui pesta berkenaan.
Katanya, setiap hasil pertanian yang dipamerkan itu akan dinilai
berdasarkan saiz dan tahap kesegarannya.
“Pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian, FAMA dan Persatuan Penanam akan
terlibat dalam menilai hasil pertanian yang terbaik,” katanya.
Wasry berkata, kaunter (booth) maklumat setiap premis di Pekan Kundasang
akan disediakan untuk menangkis dakwaan bahawa sayur-sayuran di tanah
tinggi mempunyai racun perosak dan racun rumpai.
Selain itu, katanya, terdapat juga beberapa gerai mempamerkan peralatan
rumah dan pertanian tradisional.
Menurut beliau, ia bertujuan memberi pengetahuan kepada generasi muda
mengenai peralatan tradisional disamping mendedahkan kepada pelancong
asing mengenai gaya hidup masyarakat setempat.
Katanya lagi, gerai pakaian tradisi turut disediakan dimana pengunjung
boleh mengambil gambar bersama belia yang berpakaian tradisi penuh.
Maklumat lanjut mengenai pesta berkenaan boleh menghubungi talian 013-
8788289 atau 014- 5716778.- SayangSabah
Baca selanjutnya: https://www.sayangsabah.com/25-jenis-sayur-sayuran-bakal-dipamerkan-dalam-pesta-kubis-10-dec-ini/
0 comments:
Post a Comment