KUNDASANG: Pesta Kubis 2016 yang telah berlansung selama dua hari itu
mendapat sambutan meriah daripada kalangan warga Sabah dan pelancong
luar.
Pesta yang bermula dari10 hingga 11 Disember yang lalu telah dikunjungi
dan dimeriahkan oleh kira-kira 3,000 orang.
Pengerusi Penganjur Pesta Kubis 2016, Wasry Tarisin berkata penyertaan
masyarakat petani yang memberansangkan menjadi faktor kejayaan pesta
berkenaan yang mana objektif utama pesta tersebut adalah untuk
mengetengahkan produk pertanian dan pelancongan di kawasan itu.
“Kepelbagaian jenis sayuran di kawasan tanah tinggi berjaya menarik
perhatian banyak pengunjung,”katanya.
Menurut Wasry, pesta tersebut diharapkan dapat mempromosikan daerah itu
sebagai pengeluar utama sayur-sayuran kawasan tanah tinggi serta
memastikan pembeli tahu dimana mereka boleh memperolehi bekalan
sayur-sayuran.
“Kami ingin memastikan para petani diberi peluang untuk mengiklankan dan
mempamerkan produk mereka melalui festival tersebut,”tegasnya.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Setiausaha Pesta Kubis 2016,
Azridin Sulimat berkata pertandingan Inovasi Pertanian merupakan antara
acara yang mendapat penyertaan yang memberansangkan dari
masyarakat setempat di kawasan tanah tinggi itu.
Menurut beliau, terdapat beberapa inovasi pertanian dan pengeluaran
makanan telah dipertandingkan dalam acara tersebut. Walau bagaimanapun,
kesemua inovasi tersebut telah dinilai dan disenarai pendekkan.
Diantaranya, alat menanam padi bukit, pengomposan sisa sayur- sayuran,
pes perasa makanan, Ekstrak Gula Yakon (Extracting Yacon sugar) dan sos
cili.
“Semua kertas kerja mereka telah diambil dan mereka akan
membentangkannya pada pertandingan inovasi peringkat kebangsaan di
Semenanjung Malaysia,” katanya.
Disamping itu, Azridin berkata Pesta Kubis kali ini bukan hanya
menghimpunkan para petani tetapi ia juga adalah untuk meraikan,
mewujudkan hubungan persahabatan dan merapatkan tali silaturahim antara
satu sama lain.
“ Festival ini diharapkan dapat meneliti dan melihat inovasi yang mampu
menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan teknologi masyarakat petani
di kawasan ini,”katanya.
Pesta tersebut turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada empat
individu yang menjadi kebanggaan daerah Kundasang.
Diantaranya, Petani
Terbaik, Jadi Kinte, Usahawan Muda Terbaik, Julaineh Waimin, Petani
Wanita Terbaik, Yasimeh Ratiman dan penerima Anugerah Khas, Khamarul
Azman Kowasin. -SayangSabah
Baca selanjutnya: https://www.sayangsabah.com/pesta-kubis-2016-mendapat-sambutan-hangat/
0 comments:
Post a Comment