skip to main | skip to sidebar
  • Home
  • How to Get in Kundasang
  • Where to Stay
  • Attraction
  • Where to Eat
  • What to Buy
  • Homestay
Subscribe to our RSS FeedMyKundasang on Facebook
Kundasang Highland: The Land Below The Wind
  • Home
  • Village Lists
    • Kg. JKDB Pekan Kundasang
    • Kg. Kundasang Lama
    • Kg. Lembah Permai
    • Kg. Sinisian
    • Kg. Desa Aman
    • Kg. Dumpiring Atas
    • Kg. Dumpiring Bawah
    • Kg. Kinasaraban
    • Kg. Cinta Mata
    • Kg. Kinandusan
    • Kg. Mesilau
    • Kg. Pinausuk
    • Kg. Naradau
    • Kg. Tambalang
    • Kg. Ruhukon
    • Kg. Kalangaan
    • Kg. Bundu Tuhan
    • Kg. Gondohon
  • Schools
    • SMK Kundasang
    • SMK Bundu Tuhan
    • SK Kundasang
    • SK Kinasaraban
    • SK Kauluan
    • SK Pinausuk
    • SK Pinausuk
    • SK Bundu Tuhan
  • Facilities
    • Kem Bina Negara Kundasang (BTN)
    • Mosque
      • Masjid Jamek Kundasang
      • Surau Kg. Dumpiring Atas
      • Surau Kg. Kundasang Lama
      • Surau Kg. Lembah Permai
      • Surau Kg. Mesilou
      • Surau Kg. Semuruh
      • Surau Kg. Desa Aman
      • Surau Kg. Dumpiring Bawah
      • Surau Kg. Naradau
      • Surau Kg. Pinausok
      • Surau Kg. Cinta Mata
      • Surau Kg. Kauluan
      • Surau Kg. Kinasaraban
      • Surau Kg. Ruhukon
      • Surau Kg. Bundu TUhan
      • Surau Kg. Kinandusan
      • Surau Kg. Gerai Kundasang
    • Church
      • Gereja RC Bundu Tuhan
      • Chapel Kg. Kinasaraban Lama
      • Chapel Kg. Kinasaraban
      • Chapel Kg. Kauluan
      • Gereja SIB Kg.Bundu Tuhan
      • Gereja Kg.Desa Aman
    • Kundasang Police Station
    • Medical Center
      • Kundasang Medical Center
      • Bundu Tuhan Medical Center
  • Photo Gallery
  • Entertainment
    • Artists
      • Hain Jasli
      • Adira AF
      • Ema AF
    • Kinabalu Merdu Sound
  • Product
    • Vegetables
    • Ubi Manis
    • Fruits
    • Flower
    • Local Souvenir / Kraftangan

Picture by Visitor

Picture by Visitor

Picture by Visitor

Picture by Visitor

Picture by Visitor

Picture by Visitor

Picture by Visitor

Picture by Visitor

Picture by Visitor

stat

Pesta Kubis 2016 mendapat sambutan hangat

6:03 PM  AQue  No comments

 KUNDASANG: Pesta Kubis 2016 yang telah berlansung selama dua hari itu mendapat sambutan meriah daripada kalangan warga Sabah dan pelancong luar. Pesta yang bermula dari10 hingga 11 Disember yang lalu telah dikunjungi dan dimeriahkan oleh kira-kira 3,000 orang. Pengerusi Penganjur Pesta Kubis 2016, Wasry Tarisin berkata penyertaan masyarakat petani yang memberansangkan menjadi faktor kejayaan pesta berkenaan yang mana objektif utama pesta tersebut adalah untuk mengetengahkan produk pertanian dan pelancongan di kawasan itu. “Kepelbagaian jenis sayuran di kawasan tanah tinggi berjaya menarik perhatian banyak pengunjung,”katanya. 
 
Menurut Wasry, pesta tersebut diharapkan dapat mempromosikan daerah itu sebagai pengeluar utama sayur-sayuran kawasan tanah tinggi serta memastikan pembeli tahu dimana mereka boleh memperolehi bekalan sayur-sayuran. “Kami ingin memastikan para petani diberi peluang untuk mengiklankan dan mempamerkan produk mereka melalui festival tersebut,”tegasnya. 
 
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Setiausaha Pesta Kubis 2016, Azridin Sulimat berkata pertandingan Inovasi Pertanian merupakan antara acara yang mendapat penyertaan yang memberansangkan dari masyarakat setempat di kawasan tanah tinggi itu. Menurut beliau, terdapat beberapa inovasi pertanian dan pengeluaran makanan telah dipertandingkan dalam acara tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua inovasi tersebut telah dinilai dan disenarai pendekkan.  Diantaranya, alat menanam padi bukit, pengomposan sisa sayur- sayuran, pes perasa makanan, Ekstrak Gula Yakon (Extracting Yacon sugar) dan sos cili. “Semua kertas kerja mereka telah diambil dan mereka akan membentangkannya pada pertandingan inovasi peringkat kebangsaan di Semenanjung Malaysia,” katanya. 
 
Disamping itu, Azridin berkata Pesta Kubis kali ini bukan hanya menghimpunkan para petani tetapi ia juga adalah untuk meraikan, mewujudkan hubungan persahabatan dan merapatkan tali silaturahim antara satu sama lain. “ Festival ini diharapkan dapat meneliti dan melihat inovasi yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan teknologi masyarakat petani di kawasan ini,”katanya. Pesta tersebut turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada empat individu yang menjadi kebanggaan daerah Kundasang. 
 
Diantaranya, Petani Terbaik, Jadi Kinte, Usahawan Muda Terbaik, Julaineh Waimin, Petani Wanita Terbaik, Yasimeh Ratiman dan penerima Anugerah Khas, Khamarul Azman Kowasin. -SayangSabah

Baca selanjutnya: https://www.sayangsabah.com/pesta-kubis-2016-mendapat-sambutan-hangat/

Posted in: Event,News

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

WELCOME TO KUNDASANG

Categories

  • Accomodation (15)
  • Artist (4)
  • Attraction (17)
  • Blog (6)
  • Event (24)
  • Homestay (5)
  • Issues (10)
  • Kundasang (7)
  • News (31)
  • Photo (6)
  • Resort (2)
  • Review (6)
  • transport (1)

 
Copyright © 2011 Kundasang Highland: The Land Below The Wind | Powered by Blogger